Seorang pemilik kedai runcit di Melaka menjadi tular baru-baru ini selepas premis miliknya menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai KPDN. Video yang dimuat naik di TikTok, pemilik premis itu kelihatan tenang dan bersikap terbuka dalam memberi kerjasama kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan. Cara beliau yang tegas mempertahankan bahawa kedainya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, mencuri perhatian. “Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan dengan undang-undang KPDN ni, aunty ni boleh peniaga buat contoh. Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang-undang, terbaik Aunty.” #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal, kecewa apabila ada individu yang mahu menyamannya kerana reka bentuk beg yang dikeluarkan mirip serupa dengan reka bentuk beg yang pernah tular. Menerusi satu hantaran, Aliff Syukri Kamarzaman, berkata sebagai peniaga, mereka tidak seharusnya merasa cemburu dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah S.W.T. “Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang.Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah.” “Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay.Saya terkilan kenapa nak saman.” Dia juga menegaskan bahawa beliau menjual beg tersebut pada harga yang mampu milik dengan niat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aliff Syukri turut menegaskan bahawa rezeki setiap orang telah ditentukan dan dia tidak melihat persaingan sebagai halangan, malah ingin terus berusaha membantu yang memerlukan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima bukan sahaja memberi bekas kepada keluarga dan pemimpin politik tetapi juga rakyat. Tular foto dirakamkan oleh Bernama yang memaparkan satu sosok yang berpakaian biasa hadir memberikan penghormatan terhadap jenazah beliau semalam. Individu tersebut menadah tangan membacakan doa dengan raut wajah yang sayu menampakkan keikhlasannya seolah-olah dia mengenali Allahyarham secara peribadi. Foto yang tular itu membuat ramai tersentuh dan ramai percayai individu terbabit pasti ada kisahnya bersama Pak Lah. “Di saat yang berprotokol memalingkan wajah, seorang rakyat biasa berdiri, mengangkat tangan, lalu menghadiahkan doa yang paling ikhlas.” Seorang pengguna X berkata dia mengenali lelaki berkenaan dan katanya dia berasal dari Indonesia dan sudah bermastautin lama di negara ini. Katanya, pakcik tersebut merupakan seorang penulis dan penterjemah buku-buku agama dan tutur katanya jelas melambangkan dia mempunyai ilmu agama yang tinggi. Sementara itu, seorang pengguna Facebook pula sempat meninggalkan komen menceritakan tentang lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ustaz Mad Zain dan dia dikatakan hidup dalam penuh kesederhanaan. Dia merupakan imam sambilan di surau serta turut mengajar fardu Ain dan al Quran. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi, menjadi perhatian di media sosial selepas gambarnya tular, menunjukkan beliau seolah-olah berdoa di hadapan jenazah Pope Francis di Vatican City. Dalam gambar tersebut, Jokowi dan rombongannya memakai pakaian rasmi dan bersongkok, berdiri di hadapan keranda bersama paderi Katolik dan pengawal Swiss. Tindakan Jokowi mengangkat tangan seperti berdoa cara Muslim mencetuskan perdebatan, terutama dalam kalangan umat Islam Indonesia. Ada juga yang mempertahankan Jokowi, mengatakan mungkin beliau hanya menunjukkan rasa hormat, bukan benar-benar berdoa. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Tahniah kepada semua lepasan SPM 2024! Ini baru permulaan tau, jangan mengalah teruskan berjuang, ada wishlist nak dipenuhi bestie 😆 #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #spm2024
Dalam satu langkah menyeluruh yang dimuktamadkan melalui arahan rasmi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan garis panduan baharu berkaitan penggunaan media sosial dan penampilan profesional guru, berkuat kuasa serta-merta. Antara yang ditekankan ialah larangan memuat naik kandungan tidak sesuai di media sosial, serta etika pemakaian yang mesti kemas, sopan dan bersesuaian. Arahan ini mewajibkan semua pegawai pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan institusi pendidikan berkaitan mematuhi garis panduan ini sepenuhnya. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Rasanya better bagi kat golongan yang lebih memerlukan, janganlah buat cemar alam.... #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment